News
Kunjung Hormat Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
PUTRAJAYA, 17 Disember – Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjung hormat dari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri.
Kunjungan yang ketuai oleh En. Mohd Ariff Ithnin, Pengarah Strategi & Perhubungan, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera tersebut bertujuan untuk meningkatkan kerjasama serta memperoleh informasi dan kemas kini berkaitan penstrukturan Halal Malaysia di bawah JAKIM.
Pengarah Majlis Halal Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee bersama beberapa orang pegawai dari Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal turut bersama menyantuni kunjung hormat yang berlangsung di bilik perbincangan aras 7, Majlis Halal Malaysia, JAKIM.
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
Address / Location
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my