bg_img

News

Pertemuan bersama industri perkukuh hubungan dan kefahaman

PUTRAJAYA, 3 Januari - Membuka tirai 2019, Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan dari pihak F&N yang dihadiri oleh Encik Akhtar Husseini Mohd Nor, Ketua Pengurusan Halal dan Puan Noranida Radzuan Timbalan Pengurusan Halal syarikat berkenaan.

 

Pertemuan serta perbincangan yang berlangsung selama 1 jam tersebut telah diadakan di Kompleks Islam Putrajaya bertujuan untuk membincangkan isu-isu halal dan maklumat terkini pembangunan aktiviti halal di syarikat berkenaan dalam usaha membantu merancakkan agenda memperkasa kefahaman berkaitan Pensijilan Halal Malaysia. 

 

Turut bersama menyantuni lawatan kali ini, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimme, Pengarah Majlis Halal Malaysia dan YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah,  Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama pegawai-pegawai dari kedua-dua bahagian ini.

 

Semoga dengan pertemuan seumpama ini akan terus mengeratkan hubungan antara agensi agama dan pemain industri Halal di Malaysia dan secara tidak langsung membantu untuk membangun kapasiti halal Malaysia dengan lebih meluas.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmatanlilalamin

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon