bg_img

News

Kunjung hormat MHM & BPH JAKIM ke Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) perkukuhkan hubungan

CYBERJAYA,  08 Januari - Majlis Halal  Malaysia (MHM) dan Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM telah mengadakan kunjung hormat ke Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

 

Kunjung hormat yang diketuai oleh Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu dan hala tuju bagi pelaksanaan Pensijilan Halal Malaysia bagi Skim Peranti Perubatan. Langkah ini merupakan salah satu usaha Pihak Berkuasa Berwibawa Halal bagi memantapkan lagi proses Pensijilan Halal Malaysia selain dapat memberi manfaat kepada pengguna dan industri dalam mendapatkan bekalan dan pasaran produk halal.

 

Usaha ini akan dapat memperkukuhkan lagi dasar-dasar Pensijilan Halal Malaysia sedia ada selaras dengan hasrat kerajaan bagi memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia di mata dunia.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon