bg_img

News

Perbincangan Industri Halal Antara Seoul Garden dan Bahagian Pengurusan Halal (BPH) dapat Memperkukuhkan Kefahaman

Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM telah menerima lawatan dari Seoul Garden pada 11 Januari 2019 yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Halal Syarikat Halal Delicious Barbeque Sdn Bhd, Puan Zuryanti Zainal Abidin.

Lawatan yang berlangsung hampir 1 jam itu bertujuan untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi penyelarasan maklumat dan isu-isu berkaitan pensijilan halal syarikat di samping mengeratkan hubungan antara pihak berautoriti dan industri dalam memacu pensijilan halal dengan lebih baik.

Lawatan ini turut disantuni oleh En. Mohd Nasir Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan dan pegawai-pegawai kanan dari Bahagian ini. Perbincangan seumpama ini akan dapat terus meningkatkan hubungan dan persefahaman antara pihak berautoriti iaitu JAKIM dan pihak industri sesuai dengan aspirasi melebar risalah menyantuni ummah dan rahmatan lil alamin.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLilAlamin

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon