bg_img

News

Lawatan akademik SMK Seri Sepang tingkatkan pengetahuan dan kefahaman

PUTRAJAYA, 30 Januari 2019 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menerima lawatan sambil belajar dari 80 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Selangor hari ini yang berlangsung di Ruang Aktiviti Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Lawatan yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 bersama 5 orang guru pengiring tersebut bertujuan untuk memperoleh pendedahan berkaitan perkembangan industri halal serta peluang pengajian serta kerjaya dalam bidang berkenaan seterusnya meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkenaan penjelasan isu-isu halal semasa.

Puan Marzita Ibrahim dan Encik Mohd Amri Abdullah dari Bahagian Pengurusan dan Majlis Halal Malaysia, JAKIM turut bersama meluangkan masa menyantuni lawatan kali ini seterusnya meningkatkan lagi hubungan antara agensi agama dan warga pendidik serta pelajar yang bakal menjadi pelapis masa depan negara.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon