News
Guidelines for Validation of Chemometric Models Using Chemical Analytical Data for Halal Products Authentication
Putrajaya, 30 – 31 Januari 2019- Bengkel Pembangunan Garis Panduan Makmal Bagi Pengesahan Kaedah Analisis Kemometrik Menggunakan Data Analisis Kimia telah diadakan pada 30-31 Januari 2019 bertempat di Bilik Tanjung, Aras 11, KPKT, Putrajaya.
Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada bengkel pembangunan penulisan garis panduan tersebut yang telah dimulakan pada pertengahan tahun 2017 dan simulasi data yang diadakan pada tahun 2018.
Bengkel kali ini dihadiri oleh pakar dari pelbagai disiplin ilmu dari pelbagai universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang kemometrik, Jabatan Standard Malaysia, Sirim Sdn. Bhd, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, wakil dari agensi yang berkaitan dengan Halal dan wakil dari Bahagian Pengurusan Halal dan MHM. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pengesahan terhadap kebolehan menggunakan garis panduan ini sebagai satu teknik dalam penentuan analisis halal yang menggunakan data analisis kimia.
Resolusi perbincangan menyarankan agar garis panduan ini dijadikan sebagai MS Standard memandangkan ianya berpotensi menjadi rujukan global.
http://www.halal.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#HalalConnectingTheWorld
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
Address / Location
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my