bg_img

News

Flag Off Kenderaan Rasmi Promosi Global Halal Summit (GHaS 2019)

Bangi, 19 Februari 2019 - Halal Malaysia terus mengorak langkah yang lebih besar apabila bakal menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (Global Halal Summit [GHaS] 2019). Persidangan yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 6 April 2019 bertempat di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur dan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dijangka akan mencatat sejarah sebagai acara halal terbesar seumpamanya di peringkat Global.

Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (Global Halal Summit [GHaS] 2019)) dalam rangka promosi hari ini menganjurkan Flag Off Kenderaan Rasmi Promosi GHaS 2019 sempena Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Ke-108 bertempat di Perkarangan Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Pemasangan sticker promosi serta Flag Off Kenderaan Rasmi GHaS 2019 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut bersama memeriahkan majlis ialah YBhg. Datuk Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia. Sebanyak 12 buah kenderaan rasmi yang dilepaskan ini akan menjelajah ke seluruh Negara bagi mempromosikan program halal peringkat antarabangsa GHaS 2019.

GHaS 2019 dizahirkan sebagai penjenamaan baharu program halal negara dengan matlamat untuk memperkukuhkan Malaysia sebagai negara peneraju dengan Model Malaysia serta kerjasama kolektif dalam memacu sektor halal. Penganjuran ini dijangka akan menyaksikan penyertaan peserta persidangan dan pempamer terbesar dalam sejarah. Berikut merupakan tujuh (6) program serentak yang dirangkumkan di bawah GHaS:

1. 10th Halal Certification Bodies Convention (HCBC)

2. 2nd International Halal Authority Board (IHAB) General Assembly

3. 3rd International Halal Technical Capacity Development Programme (IHTCDP)

4. Global Halal Industry Congress (GHIC)

5. Halal Innovation and Technology Exhibition (HITeX)

6. 11th World Halal Conference (WHC)

7. 16th Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)

 

GHaS 2019 dijadualkan akan dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Ikuti pelbagai informasi dan kemas kini berkaitan GHaS 2019 di:-

http://www.globalhalalsummit.my

https://mobile.twitter.com/ghas2019

https://www.instagram.com/ghas2019/

https://www.linkedin.com/company/ghas2019/

https://www.facebook.com/ghas2019/

 

#HalalConnectingTheWorld

#HalalMalaysiaGoGlobal

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon