bg_img

News

Perbincangan Teknikal bersama Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)

Halal Malaysia terus komited dalam usaha melebar risalah dan menyantuni ummah melalui perbincangan strategik bersama pelbagai pihak termasuk agensi awam dan swasta. Terbaru, satu kunjungan dan perbincangan bersama Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah diadakan pada 04 Mac 2019 di Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM

Kunjungan yang berlangsung hampir satu jam di Blok D Kompleks Islam Putrajaya tersebut bertujuan untuk membincangkan isu-isu teknikal berkenaan Pensijilan Halal Malaysia dalam konteks Usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) seterusnya memperhalusi isu-isu teknikal berkaitan perkara-perkara yang berkaitan di samping meningkatkan hubungan antara agensi.

Perbincangan bersama ini dipengerusikan oleh En. Mohd Fakarudin Masod, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM manakala pihak UCAM diwakili oleh Encik Abd Halid Bin Ramli, Pengarah UCAM Halal Centre.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaHaveFaith

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon