bg_img

News

Produk “Anti Tiruan" Singgah ke BPH & MHM, JAKIM

PUTRAJAYA - Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan dari Syarikat NHK Spring Co. Ltd., Jepun bersama wakil syarikatnya di Malaysia, Premier Ascent Sdn Bhd pada 11 Mac 2019. Wakil syarikat dihadiri oleh Encik Atsushi Karashima dan Encik Atsushi Takahashi manakala wakil dari Premier Ascent Sdn. Bhd. ialah Encik Zamani Ahmad dan Puan Siti Fadillah M Yunas.

Kunjungan ini telah disambut oleh Encik Mohd Nasir Sulaiman dari Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Pihak syarikat memaklumkan kunjungan terbabit bertujuan untuk memperkenalkan produk "Trustgram" yang berupaya mengenalpasti status  ketulenan produk  yang dijual di pasaran. Produk tersebut  berfungsi membantu pengeluar barangan berjenama, pihak berkuasa dan bank untuk menangani ancaman produk/logo tiruan di pasaran. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk mengesan kesahihan sesuatu logo halal yang terdapat pada produk.

Selain itu, pihak syarikat turut diberi pendedahan mengenai pensijilan halal Malaysia dan kepentingannya kepada masyarakat. Justeru, pihak syarikat berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak berautoriti di negara ini khususnya JAKIM untuk membantu pengguna memudahkan penentuan kesahihan logo pada produk yang dipersijilkan halal.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon