bg_img

News

Lawatan Kerja JAKIM ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Kesihatan Malaysia

SUNGAI BULOH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal dan Bahagian Kewangan telah mengadakan program lawatan kerja ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (MKAK) pada 08 April 2019.

Lawatan  tersebut diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Ustazah Zuraini Yahaya serta turut dihadiri bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Kewangan JAKIM, wakil Cawangan Pengurusan Halal dan  Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC).

Objektif utama lawatan ini adalah untuk jalinan kerjasama dalam memperoleh pendedahan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan pengurusan bersepadu fasiliti makmal di MKAK sebagai panduan kepada JAKIM.

Wakil JAKIM yang disantuni oleh Ketua Bahagian Kualiti MKAK, Dr. Esah Md. Ali dan Ketua Bahagian Makanan MKAK, En. Abdul Ghani Abu Samah, serta pegawai-pegawai MKAK turut dibawa melawat sekitar makmal selepas sesi perkongsian maklumat, pengalaman dan perbincangan.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon