bg_img

News

Kunjung Hormat Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM ke Jabatan Kimia Malaysia

PETALING JAYA, 09 April 2019 - Demi memantapkan lagi kerjasama antara agensi khususnya berkaitan pensijilan halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah mengadakan kunjung hormat  ke Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Kunjung hormat yang berlangsung hampir 2 jam tersebut diketuai oleh Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir bersama pegawai-pegawai dari Cawangan Pengesahan Halal, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan dan Pusat Analisis Halal Malaysia, JAKIM.

Ketua Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Cornelia Charito Siricord turut meluangkan masa menyantuni kunjung hormat kali ini yang memberi fokus berkongsi solusi berkaitan kerjasama dalam analisis halal bagi tujuan pensijilan dan pemantauan serta penguatkuasaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon