bg_img

News

Delegasi Nigeria Halal Certification Authority, Nigeria Ke Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM

PUTRAJAYA - Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjung hormat dari Nigeria Halal Certification Authority pada 08 April 2019 yang lalu.

Kunjung hormat  seramai 4 orang wakil delegasi ini berlangsung di Blok D, Aras 7, Kompleks Islam Putrajaya bertujuan meneroka peluang baharu yang boleh dimanfaatkan oleh badan pensijilan tersebut sebagai badan pensijilan halal pertama yg bakal diiktiraf oleh JAKIM di Nigeria.

Sesi perbincangan yang berlangsung lebih satu jam turut membincangkan isu pensijilan halal di negara tersebut serta inisiatif untuk memperkasa bidang halal ke peringkat yang lebih tinggi.

Nigeria Halal Certification Authority adalah NGO yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan di Nigeria dan mula beroperasi pada tahun 2016 sebagai sebuah entiti yang menjalankan proses pensijilan halal dalam negara telah mengambil langkah proaktif untuk menjadi salah sebuah di antara puluhan badan pensijilan halal luar negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM.

Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM bersama Nigeria Halal Certification Authority komited untuk mengadakan kerjasama yang lebih erat di masa akan datang bagi meneraju institusi halal selaras dengan hasrat kerajaan di dalam memartabatkan pensijilan halal luar negara di mata dunia.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon