News
Halal Malaysia ke Turki Hadiri 18th Board of Directors Meeting, SMIIC
ISTANBUL, Turkey - Malaysia telah bergerak aktif memberikan komitmen dengan menghadiri 18th Board of Directors (BOD) Meeting, Standard & Metrology Institute for the Islamic Countries (SMIIC) pada 7-9 April 2019.
BOD Meeting SMIIC adalah badan tertinggi dalam menentukan dasar dan hala tuju SMIIC. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Datuk Fadhilah Baharin, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia. Turut bersama ke mesyuarat tersebut adalah wakil MATRADE di Istanbul.
Kredibiliti JAKIM selaku badan berautoriti pensijilan halal di Malaysia adalah faktor utama bagi mengukuhkan lagi peranan Malaysia di arena antarabangsa melalui SMIIC di samping Jabatan Standard Malaysia selaku badan terulung penggubalan Standards berkaitan halal.
Malaysia mula membina kerjasama di forum SMIIC sebagai pemerhati pada peringkat awalnya dan kemudian berperanan aktif sejak diundi masuk secara rasmi sebagai BOD SMIIC pada tahun 2017.
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my
http://www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#HalalConnectingTheWorld
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#Rahmah
Address / Location
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my