News
BPH JAKIM santuni lawatan IPPH, UPM
PUTRAJAYA, 11 April 2019, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima lawatan dari Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia yang berlangsung hampir 1 jam di Kompleks Islam Putrajaya.
Lawatan ini adalah bersempena Workshop on Understanding the Fundamental of Halal anjuran Universiti berkenaan dengan kerjasama Southeast Asian Regional Centre for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) yang disertai oleh penuntut dari pelbagai negara Asia Tenggara termasuk Kemboja, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Lawatan yang disantuni oleh Puan Shuhairuz Ab Satar, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC), bersama pegawai dari Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM ini memberi fokus kepada perkongsian dan pendedahan berkenaan fungsi dan gerak kerja MyHAC serta hal-hal yang berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my
http://www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#HalalConnectingTheWorld
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
Address / Location
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my