bg_img

News

Usahawan di bawah bimbingan Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM (YEC) ke Arah Pensijilan Halal Malaysia

PUTRAJAYA - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah mengadakan satu pertemuan dan perbincangan bersama Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM (YEC) yang diwakili oleh En Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim, Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan & Bimbingan, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM (YEC) dan Puan Umi Kalthom binti Ahmad, Ketua Bahagian Komersial Bisnes CMASA Online, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM (YEC) pada 23 April 2019.

Perbincangan yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya ini bertujuan menyalurkan maklumat awal kepada YEC berhubung Halal Malaysia seterusnya meneroka ruang kerjasama untuk dimanfaatkan kepada pemain industri halal Malaysia di bawah bimbingan YEC YaPEIM.

Sesi perbincangan yang berlangsung lebih satu jam ini turut membincangkan hala tuju YEC YaPEIM dalam memastikan usahawan bimbingan YaPEIM telah bersedia untuk memperolehi Pensijilan Halal Malaysia selari dengan pembangunan inovasi jualan atas talian melalui platform C-Masa Online yang dibangunkan oleh YaPEIM untuk dipersijilkan halal pada masa akan datang bakal terlaksana.

Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM yang diketuai oleh pengarah YBhg. Tuan Bukhari Md Akhir menyanjung tinggi komitmen YEC YaPEIM untuk bekerjasama dengan lebih erat di masa akan datang bagi merealisasikan perancangan ini selaras dengan hasrat kerajaan di dalam memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon