bg_img

News

Kunjung Hormat Perak Halal Corporation Sdn Bhd ke Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM

PUTRAJAYA - Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjung hormat daripada Perak Halal Corporation Sdn Bhd (PHCSB) pada 8 Mei 2019 yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan PHCSB yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz bin Abd Rahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif bersama 2 orang delegasinya adalah untuk membentangkan pelan pembangunan halal di negeri Perak, perkhidmatan rundingan perniagaan dan latihan di luar negara serta meninjau ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama JAKIM.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Amri bin Abdullah selaku wakil Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia. Beliau menjelaskan secara terperinci mengenai visi JAKIM sebagai Peneraju Halal Global dan mencadangkan PHCSB agar mendaftar seterusnya mengikuti kursus-kursus yang dilaksanakan oleh Halal Professional Board (HPB) dan Malaysia International Halal Academy (MIHA) terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang bentuk latihan berkaitan halal.

Pertemuan selama satu jam berkenaan turut melibatkan beberapa pegawai kanan MHM dan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM yang diwakili oleh YBrs. Ustaz Mohd Nasir bin Sulaiman.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon