bg_img

News

Kunjung Hormat ANGKASA ke Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM

PUTRAJAYA, 10 Mei 2019 - Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjung hormat daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan ANGKASA yang diketuai oleh YBhg. Tn. Hj. Azhar bin Hamzah, selaku Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah  bersama 4 delegasinya adalah untuk membentangkan cadangan permohonan peruntukan untuk pembangunan gerakan koperasi melalui pelaksanaan beberapa siri bengkel berkaitan teori dan teknikal pensijilan halal di Malaysia.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Asri bin Abdullah selaku wakil Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia. Antara intipati ucapan beliau ialah  ekosistem halal di Malaysia melibatkan pelbagai pihak dan fokus utama JAKIM ialah proses pensijilan halal itu sendiri. Beliau turut menjelaskan JAKIM sedia bekerjasama dari sudut membekalkan khidmat kepakaran dalam bidang halal.  Pihak ANGKASA juga ditawarkan untuk mengikuti kursus Halal Executive yang dilaksanakan oleh Halal Professional Board (HPB).

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam berkenaan turut melibatkan beberapa pegawai kanan MHM, antaranya Ustaz Mohd Amri bin Abdullah dan Ustaz Mohd Fadhli bin Mohd Yusof.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon