bg_img

News

JAKIM dan Industri Terus Perkukuhkan Hubungan

PUTRAJAYA, 18 Jun 2019 - Aktiviti memperkukuhkan hubungan dan persefahaman di bulan Syawal kali ini mencatatkan sejarah yang tersendiri bagi Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM kerana buat julung kalinya berjaya menganjurkan program Round Table Discussion (RTD) Bersama Industri Siri 1/2019.

RTD Bersama Industri ini jua turut melibatkan kerjasama dari pihak Sekretariat Majlis Halal Malaysia yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6, Blok D, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Presint 3, Kompleks Islam Putrajaya dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Sepang serta 32 orang wakil rakan-rakan industri kategori premis berangkai/francais.

Program seumpama ini merupakan salah satu inisiatif utama yang diwujudkan oleh JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal yang menjadi salah satu medium perkongsian, dan platform kemaskini maklumat terkini berkaitan pensijilan halal Malaysia bersama pihak industri.

Untuk rekod, Sebanyak 3 pembentangan dan perkongsian info-info halal telah disampaikan oleh wakil dari QSR Brand Holding (M) Sdn Bhd, Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd serta Sekretariat Majlis Halal Malaysia sepanjang hampir 4 jam program ini berlangsung.

Program RTD Siri 1/2019 kali ini telah diakhiri dengan pembentangan resolusi mesyuarat oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs Tuan Bukhari Md Akhir selaku pengerusi bagi perbincangan bersama industri dalam RTD kali ini. Semoga perbincangan dan program seumpama ini akan terus memperkukuhkan hubungan dan persefahaman antara JAKIM dan pihak industri dalam meningkatkan lagi imej pensijilan halal Malaysia.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon