bg_img

News

Majlis Taklimat dan Penyerahan Surat Pendaftaran Rakan Strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA)

PUTRAJAYA, 20 Jun 2019 - Sekretariat Majlis Halal Malaysia melalui Malaysia International Halal Academy (MIHA) telah menganjurkan program Majlis Taklimat dan Penyerahan Surat Pendaftaran Rakan Strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA).

Majlis ini berlangsung di  Ruang Aktiviti Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya dan dirasmikan oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM), YBhg Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee serta turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs Tuan Bukhari bin Md Akhir dan wakil daripada 25 Rakan Strategik yang telah didaftarkan di bawah MIHA.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menyerahkan Surat dan Sijil Pendaftaran Syarikat sebagai Rakan Strategik di bawah MIHA oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM) di samping mengeratkan hubungan antara Rakan Strategik dan JAKIM.

Sebanyak 25 rakan strategik dan 81 Halal Personel (HP) / Halal Facilitator (HF) telah berjaya didaftarkan di bawah MIHA. Antara lain tujuan pendaftaran ini adalah untuk melaksanakan program pembangunan kapasiti halal dan modal insan melalui kaedah Training and Coaching (T&C) ke arah melahirkan lebih ramai profesional halal peringkat domestik dan global.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon