bg_img

News

BPH JAKIM Menerima Lawatan Dari Kolej Profesional MARA

PUTRAJAYA, 26 Jun 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM berbesar hati menyantuni lawatan sambil belajar dari Kolej Profesional MARA, Bandar Melaka yang terdiri daripada 29 orang penuntut dan 7 orang pensyarah.

Lawatan yang diketuai oleh Puan Nurul Ain binti Khirul Salleh yang merupakan pensyarah subjek Pensijilan Halal di kolej berkenaan bertujuan untuk memperoleh informasi lanjut berkaitan prosedur pensijilan halal Malaysia.

Tuan Mohd Nasir bin Sulaiman dari Seksyen Komunikasi Korporat dan Puan Asiah binti Alkharib Shah dari Seksyen Proses, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM turut bersama meluangkan masa berkongsi informasi melalui sesi taklimat tersebut.

Melalui lawatan seumpama ini, para penuntut berpeluang berinteraksi secara terus dengan pihak berautoriti  untuk memperolehi maklumat yang tepat mengenai ekosistem halal di Malaysia. Di samping itu, para pensyarah jua turut berkongsi pandangan dan cadangan untuk memperkasa profesion halal di masa akan datang.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiatheWorldFirstClass

#HalalConnectingtheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon