bg_img

News

Halal Malaysia Terus Diberi Kepercayaan Dunia

PUTRAJAYA – Sekretariat Majlis Halal Malaysia sekali lagi menerima kunjungan hormat dari delegasi Afrika Selatan pada 10 Julai 2019. Kunjung hormat yang dihadiri oleh lima (5) orang wakil Kerajaan Afrika Selatan tersebut antara lain bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam pembangunan industri halal di Kawazulunata, Afrika Selatan.

Perbincangan yang berlangsung selama hampir dua jam di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia. Pertemuan kali ini juga turut memperincikan hasrat Afrika Selatan dalam menjadikan mereka sebagai sebuah negara pengeksport produk halal dan pelancongan mesra Muslim.

Kerajaan Afrika Selatan turut berhasrat untuk memperoleh khidmat nasihat daripada Kerajaan Malaysia melalui JAKIM dalam membantu dan memberikan latihan intensif kepada mereka serta berkongsi pengalaman berkaitan sistem halal di Malaysia. JAKIM akan terus memberi komitmen dan memainkan peranan yang aktif dalam menawarkan perkongsian kepakaran dan pembangunan kapasiti bagi negara yang berminat untuk mengikuti model Malaysia dalam bidang halal ini.

Semoga kerjasama yang dirancang ini dapat diteruskan dengan lebih erat pada masa akan datang bagi memastikan  hasrat kerajaan di dalam memartabatkan  sistem Halal Malaysia di persada dunia dapat direalisasi dan dikekalkan.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon