bg_img

News

Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM Santuni Kunjungan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Putrajaya - Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjungan daripada pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada 8 Julai 2019 lalu yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan yang diketuai oleh Tuan Mohd Shahrul bersama 2 orang delegasinya itu bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jalinan kerjasama yang boleh dibuat di antara MDEC dan JAKIM berkaitan industri perkhidmatan digital dalam pensijilan halal. Di samping itu, beberapa persoalan turut dibincangkan mengenai isu-isu berkaitan pensijilan halal Malaysia.

Sekretariat Majlis Halal Malaysia yang menyantuni kunjungan ini diwakili oleh pengarahnya sendiri, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee turut membicarakan isu-isu berkisar dasar dan polisi pensijilan halal. Pertemuan selama lebih sejam itu turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai Sekretariat Majlis Halal Malaysia.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon