News
Kunjung Hormat Delegasi Kazakhstan dan Islamic Organisation for Food Security (IOFS) ke JAKIM
PUTRAJAYA - JAKIM melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia telah menyantuni kunjungan hormat dari delegasi Kazakhstan dan Islamic Organisation for Food Security (IOFS) pada 12 Julai 2019 yang lalu bertempat di Blok D Kompleks Islam Putrajaya.
Delegasi yang diketuai oleh H.E. Imanbayev Bolat Barievich, Duta Kazakhstan ke Malaysia, dan H.E. Mr. Yerlan Baidaulet, Pemangku Ketua Pengarah IOFS bersama setiausahanya itu menjurus kepada perbincangan mengenai hal ehwal pensijilan halal di Kazakhstan.
Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee selaku Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia bersama beberapa pegawai SMHM hadir dalam menyantuni kunjung hormat ini disamping menyalurkan maklumat mengenai pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara yang dikelola oleh JAKIM.
Semoga usaha sama ini menjadi platform yang kukuh bagi perkembangan industri halal secara global seterusnya mengekalkan Malaysia sebagai peneraju halal dunia.
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
​​​​​​​
Address / Location
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my