bg_img

News

Pensijilan Halal Malaysia Menarik Minat Usahawan Taiwan

PUTRAJAYA, 18 Julai 2019 - Misi melebar risalah, menyantuni ummah diteruskan oleh JAKIM melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM) dan Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM apabila menerima kunjungan dari delegasi Jabatan Perdagangan & Perusahaan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Taiwan yang terdiri daripada 25 orang pegawai kerajaan dan usahawan pelbagai bidang termasuk pemilik kedai roti dan produk minuman kopi serta pelbagai produk makanan yang berada di Taiwan.

Kunjungan yang diketuai oleh Mrs May Lee, Ketua Pengarah, Jabatan Perdagangan dan Perusahaan Taiwan tersebut bertujuan untuk memperoleh informasi lanjut serta dasar dan polisi berkaitan prosedur pensijilan halal Malaysia serta maklumat berkaitan badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM khususnya di Taiwan rentetan daripada minat yang mendalam oleh para usahawan mereka yang mahu memasarkan produk keluaran Taiwan di negara ini. Delegasi juga berminat untuk meneroka peluang melabur di Malaysia dalam industri halal ini.

Sesi perkongsian informasi yang berlangsung hampir 2 jam di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Sekretariat Majlis Halal Malaysia itu telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Naim Mohd Aziz selaku Penolong Pengarah Kanan, Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM) yang mewakili Pengarah SMHM serta turut dihadiri oleh pegawai dari kedua-dua bahagian yang mengelola pensijilan halal Malaysia.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon