bg_img

News

Perbincangan Berkaitan Percetakan Logo Halal Malaysia

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menerima kunjungan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia pada 22 Julai 2019 yang diketuai oleh Encik Mazlan Md Nor, Pengarah Bahagian Keselamatan Fizikal & Penilaian Teknikal.

Tujuan utama kunjungan ini untuk mengadakan perbincangan serta perkongsian berkaitan percetakan logo halal yang merangkumi keselamatan, kawalan percetakan dan pengeluaran serta reka bentuk logo halal, agar sentiasa terjamin kualiti dan keselamatannya dari sebarang aktiviti pemalsuan.

Perbincangan tersebut yang berlangsung hampir satu jam di Kompleks Islam Putrajaya telah disantuni oleh Puan Siti Rahmaniah binti Bachok bersama pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

​​​​​​​

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon