bg_img

News

Lawatan Ilmiah Perkukuhkan Informasi Halal

PUTRAJAYA - Seramai 82 orang pelajar termasuk 8 orang guru pengiring dari Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah, Kota Bharu, Kelantan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zainudin Awang Seman selaku mudir maahad telah melakukan lawatan sambil belajar ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM pada 22 Julai 2019 yang lalu.

Lawatan penuh berinformasi tersebut berlangsung di ruang aktiviti, aras 7, Bahagian Pengurusan Halal & Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya serta disantuni oleh pegawai-pegawai dari Seksyen Komunikasi Korporat Bahagian ini yang berkongsi pelbagai informasi berkenaan pensijilan dan isu-isu halal semasa.

Antara lain tujuan utama lawatan ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan pengurusan dan kawal selia status halal produk-produk di pasaran serta peluang mahupun pendedahan mengenai kerjaya dalam bidang pengurusan halal pada masa hadapan.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon