bg_img

News

JAKIM Menyantuni Pengunjung Pameran Absolutely Halal Malaysia (AHM 2019)

KUALA LUMPUR - Misi melebar risalah menyantuni ummah diteruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM) dengan menyantuni pengunjung di Pameran Absolutely Halal Malaysia (AHM 2019) yang berlangsung selama 3 hari bermula 26 Julai lalu di Pusat Pameran, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Penglibatan dalam AHM 2019 merupakan antara komitmen JAKIM untuk menyalurkan informasi berkaitan pensijilan halal secara berterusan kepada pengguna seterusnya memperkukuhkan lagi tahap kefahaman mereka terhadap pensijilan halal Malaysia. Pengguna juga turut didedahkan fungsi dan kepentingan aplikasi telefon pintar Verify Halal yang menjadi medium terpantas dalam menyemak status halal produk-produk yang berada di pasaran.

Inisiatif-inisiatif rahmah seumpama ini akan diteruskan dengan penganjuran HALFEST JAKIM 2019 yang akan berlangsung pada 04 hingga 08 September 2019 ini dengan menghimpunkan seluruh pencinta pensijilan halal dalam Ekspo Halal Terbesar Malaysia di Pusat Pameran Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon