bg_img

News

Lawatan Kajian Dari National Human Resources Development Institute, South Korea

PUTRAJAYA: Satu pasukan penyelidik yang terdiri daripada sepuluh orang pegawai kerajaan National Human Resources Development Institute, South Korea telah mengadakan lawatan kajian ke Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM), JAKIM pada 1 Ogos 2019 yang lalu.

Menjadikan Malaysia sebagai ‘model’ dalam industri halal secara global, kajian menyasarkan kepada sistem pensijilan halal di Malaysia sebagai pintu masuk ke arah meningkatkan perkongsian ekonomi antara Korea Selatan dan Malaysia. Ia merangkumi aspek kefahaman tentang konsep halal, prosedur pensijilan halal Malaysia serta strategi untuk meningkatkan kesedaran terhadap industri halal kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Korea Selatan.

Di samping itu, objektif kajian juga untuk mengenal pasti langkah-langkah dalam mengukuhkan hubungan  dua hala antara kedua negara khususnya bagi industri halal. Sesi temu bual bersama pasukan penyelidik dipengerusi oleh Encik Muhammad Naim bin Mohd Aziz (Penolong Pengarah Kanan, SMHM). Dapatan kajian akan dikongsi bersama dengan Halal International Research Academy (HIRA), SMHM. Ini adalah selari dengan matlamat HIRA dalam merealisasikan jalinan kerjasama dengan penyelidik luar negara untuk memanfaatkan hasil penyelidikan.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon