bg_img

News

Pensijilan Halal Malaysia Menarik Minat Mahasiswa "Negara Matahari Terbit"

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal telah menyantuni lawatan ilmiah mahasiswa dari universiti terkemuka Jepun yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya pada 19 Ogos 2019

Lawatan yang dikelola oleh pihak SA Fitra tersebut diketuai oleh En. Hairul Anuar bin Amir selaku pengarah program bersama 12 orang para pengkaji dan pelajar ini telah diisi dengan dengan slot pembentangan dan perkongsian umum mengenai pensijilan halal Malaysia dan luar negara yang dipengerusikan oleh Tuan Johari Ab. Latiff, Penolong Pengarah Kanan, Sekretariat Majlis Halal Malaysia.

Pelbagai persoalan yang timbul hasil daripada pertemuan ini bagi memantapkan kefahaman para pengkaji berkaitan pensijilan dan landskap halal di Malaysia. Lawatan ilmiah kali ini telah disantuni dan dirai oleh beberapa orang pegawai kanan di Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon