bg_img

News

Kaum Ibu Sri Pantai Mersing Singgah Ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA - Program kesedaran halal kepada orang ramai diteruskan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menerima lawatan Kumpulan Yassin As-Solehah, Sri Pantai, Mersing, Johor Darul Takzim pada 23 Ogos 2019.

 

Antara fokus utama lawatan kali ini ialah perkongsian umum berkenaan pensijilan halal Malaysia meliputi kepentingan dan kelebihannya serta penjelasan berkaitan isu-isu halal yang tular di media sosial. Lawatan yang melibatkan 42 orang peserta tersebut berlangsung hampir 2 jam bermula 3.00 petang dan diketuai oleh saudari Ayu Ibrahim.

 

Sesi perkongsian maklumat yang berakhir sekitar jam 5 petang di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6, Blok D tersebut telah disampai dan diselaraskan oleh Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM yang bertanggungjawab mengurus dan menyelaras lawatan-lawatan luar ke Bahagian ini.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon