bg_img

News

Lawatan Kajian Kumpulan Penyelidik Dari Filipina Dibawah Tajaan Department of Science & Technology Philippines

PUTRAJAYA - Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM), JAKIM telah menerima lawatan dari Sultan Kudarat State University, Philippines yang terdiri daripada enam orang penyelidik pada 27 dan 28 Ogos baru-baru ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan khidmat latihan dan kepakaran berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.

Pada hari pertama, para delegasi berkongsi maklumat dengan pegawai-pegawai dari SMHM dan Bahagian Pengurusan Halal. Ia merangkumi aspek utama dalam pensijilan halal seperti Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, Sistem Pengurusan Halal Malaysia, Standard Malaysia dan lain-lain.

Manakala pada hari kedua, delegasi dibawa melawat ke kilang Nestle Batu Muda, Shah Alam. Pengisian program separuh hari mendedahkan peserta dengan pelbagai informasi menarik berkaitan Nestle. Delegasi disambut oleh Ketua Urusan Halal Nestle, Encik Othman bin Md Yusoff dan beberapa orang pegawai Nestle.

Dengan menjadikan Malaysia sebagai ‘model’ dalam industri halal secara global, program ini menjadi penanda aras kepada pengkaji dalam membangunkan modul/kurikulum halal di universiti dan merancang projek kajian berkaitan halal yang dapat memberi impak positif kepada rakyat Filipina.

Sesi lawatan ini dipengerusikan oleh Puan Zuraiza Husin (Penolong Pengarah Kanan, SMHM). Dapatan kajian akan dikongsi bersama dengan Halal International Research Academy (HIRA), SMHM. Ini adalah selari dengan matlamat HIRA dalam merealisasikan jalinan kerjasama dengan penyelidik luar negara untuk memanfaatkan hasil penyelidikan.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

​​​​​​​

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon