News
BPH JAKIM Santuni Kunjungan Ilmiah Biro Muslimat Masjid
PUTRAJAYA, 14 November – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal meneruskan misi melebar risalah, menyantuni ummah khususnya untuk meningkatkan lagi kefahaman berkaitan info-info halal semasa kepada 42 orang pelawat dari Biro Muslimat Masjid Al-Mukminun, USJ 2, Selangor Darul Ehsan.
Lawatan ilmiah penuh informasi yang diketuai oleh Tuan Haji Zainal Abidin Shaikh Zakaria selaku nazir masjid berkenaan bermula seawal jam 9.00 pagi tersebut telah berlangsung hampir 2 jam di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya hari ini.
Pelbagai maklumat dikupas dan dikongsi oleh pegawai dari Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian ini bersama para pelawat khususnya berkaitan penjelasan isu-isu halal semasa termasuk gerak kerja JAKIM dalam memastikan kebajikan pengguna Islam bagi memperoleh makanan yang halalan toyyiban terus terpelihara.
Memetik saranan Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM yang turut bersama menyantuni lawatan, agar masyarakat menjadikan pihak berautoriti khususnya JAKIM dan JAIN sebagai sumber rujukan utama dalam memperoleh penjelasan khususnya apabila menerima apa jua isu-isu halal yang tular sebelum menyebarkannya di media sosial.
Saranan tersebut disambut baik oleh ketua rombongan lawatan yang menzahirkan harapan sebagai "duta" bagi menyebarkan informasi-informasi halal yang tepat dan benar dengan lebih meluas kepada masyarakat di luar sana seterusnya dapat mengekang fitnah dan salah faham khsusnya berkaitan pensijilan halal Malaysia di media sosial.
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
Address / Location
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my