bg_img

News

Perkasa Kesedaran Halal Usahawan Asnaf Baitulmal MAIWP

PUTRAJAYA – Misi RAHMAH dan Santuni Ummah diperkemaskan lagi melalui agenda pemerkasaan Usahawan Baitulmal MAIWP melalui penganjuran bersama Program Pengenalan dan Kesedaran Halal Malaysia. Kerjasama strategik antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal bersama Baitulmal MAIWP telah berjaya membawa satu anjakan baharu dalam misi memperkasa kesedaran halal Malaysia di kalangan pengusaha Bumiputera khususnya golongan asnaf.

Program yang telah dilaksanakan selama 3 hari bermula 26 November lalu diwujudkan sebagai salah satu usaha serta komitmen kerajaan bagi membantu para usahawan dalam memahami prosedur pensijilan halal agar mereka benar-benar bersedia sebelum memohon pensijilan halal Malaysia. Program ini antara lain membawa pendekatan yang cukup berhikmah bersama usahawan Asnaf yang terlibat dan secara tidak langsung memberi kesedaran terhadap nilai sijil halal Malaysia yang cukup "mahal" iaitu berharga untuk memperkasa perusahaan mereka.

Program yang dilaksanakan ini merupakan kesinambungan pernyataan hasrat yang diutarakan oleh usahawan Asnaf kepada Agensi Pembimbing iaitu pihak Baitulmal MAIWP agar mereka diberi satu platfrom untuk mengenali Pensijilan Halal Malaysia sebagai satu persiapan dan persediaan sebelum melangkah ke arah pensijilan halal Malaysia.

Mohd Nasir Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM ketika ditemui menyatakan bahawa program yang dilaksanakan  ini menjadi suatu bukti dan komitmen JAKIM   dalam meneruskan agenda pembangunan dan pemerkasaan halal di kalangan usahawan di peringkat nasional khususnya Usahawan Bumiputera.

Mohd Nasir turut berkata: "Program seumpama ini amat penting dalam memastikan usahawan-usahawan khususnya usahawan bumiputera mampu memahami prosedur pensijilan halal Malaysia dengan lebih berkesan melalui perkongsian secara bersepadu dan komprehensif di bawah kerjasama strategik bersama agensi pembimbing usahawan. Ia secara tidak langsung dapat menepis tanggapan masyarakat bahawa Pensijilan Halal Malaysia itu mahal, susah dan lambat yang disampaikan dalam slot-slot perkongsian yang diadakan"

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Encik Bukhari Md Akhir turut merakamkan ucapan penghargaan atas kerjasama daripada pihak Baitul MAIWP yang telah berjaya mengumpulkan usahawan asnaf terbabit untuk menyertai program yang diadakan ini.  Beliau turut menyatakan bahawa usaha ini juga sangat baik untuk dilaksanakan bersama agensi-agensi pembimbing usahawan agar impak yang akan diterima lebih besar selain daripada agensi-agensi ini dapat berperanan sebagai pemudah cara serta pegawai rujuk kepada usahawan di bawah bimbingan mereka dalam usaha memahami konteks pensijilan halal secara berkesan dan menyeluruh.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon