bg_img

News

Lawatan Turun Padang YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) JAKIM.

BANDAR ENSTEK, 28 November 2019 – Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) berbesar hati menyantuni Lawatan Turun Padang YBhg. Dato’ Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membuat tinjauan ke salah satu projek pembangunan di bawah JPM iaitu projek pembinaan gudang eksibit Halal JAKIM.

Lawatan yang turut disertai oleh pegawai-pegawai dari JPM, Seksyen Pembangunan JAKIM, Bahagian Pengurusan Halal dan Jabatan Kerja Raya (JKR) ini dimulakan dengan sesi taklimat dan pembentangan kemajuan projek tersebut.

Seterusnya, YBhg. Dato’ TKSUK tidak melepaskan peluang meninjau perkembangan MyHAC dan melihat sendiri operasi salah satu analisis halal iaitu penentuan kandungan alkohol dalam sampel di makmal serta turut memeriksa keadaan infastruktur MyHAC.

Lawatan ini memberi impak yang sangat positif dalam pencapaian objektif untuk mencapai aras makmal analisis halal bertaraf dunia dan seterusnya memperkasakan lagi pensijilan halal Malaysia.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon