bg_img

News

Pensijilan Halal Malaysia Tarik Minat Pemain Industri Ho Chi Minh City

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menerima kunjung hormat daripada delegasi pemain-pemain industri dan wakil-wakil agensi kerajaan Ho Chi Minh City bersama seorang wakil pihak Konsulat Vietnam di Malaysia pada 28 November lalu. Kunjungan hormat ini telah disantuni oleh Mohd Fakarudin bin Mas'od, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM bersama pegawai-pegawai kanan yang lain.

Fakarudin ketika ditemui berkata, lawatan dan kunjung hormat seumpama ini  amat dialu-alukan bagi membolehkan pihak JAKIM berkongsi maklumat dan informasi berkaitan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia khususnya berkaitan keperluan serta proses yang dilalui sebelum satu-satu produk dipersijilkan halal. Perkongsian ini juga perlu disampaikan agar masyarakat dalam dan luar negara mempunyai gambaran serta informasi yang berkesan dan komprehensif berkaitan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Fakarudin turut menyatakan, kunjungan hormat sebegini turut membuktikan bahawa halal Malaysia mampu menarik minat para pemain industri luar negara untuk mendapatkan maklumat berkaitan halal dengan lebih menyeluruh. Perkongsian yang diadakan selama satu jam ini dilihat sebagai salah satu medium yang baik untuk memperkenal dan mempromosi halal Malaysia kepada industri-industri luar negara secara berkesan seterusnya memperoleh pelbagai maklum balas yang positif serta pandangan yang baik daripada perwakilan yang hadir.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon