bg_img

News

Program Cerapan Hilal Rejab 1441H

PUTRAJAYA - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM melalui Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan telah  menganjurkan Program Cerapan Hilal Rejab bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 24 Februari semalam bertempat di Menara Kuala Lumpur.

Program ini telah dihadiri oleh 20 orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Halal diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Puan Siti Rahmaniah Bachok. Manakala aktiviti cerapan hilal yang dilaksanakan oleh Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diketuai oleh Ustaz Shahril Azwan bin Hussin, Penolong Kanan Mufti Wilayah Persekutuan.

Antara tujuan utama program ini bagi memberi pendedahan tambahan kepada peserta berkaitan kaedah serta teknik yang diguna pakai semasa aktiviti cerapan hilal. Menara Kuala Lumpur adalah merupakan salah satu tempat cerapan rasmi  di Wilayah Persekutuan selain Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara UMSKAL.

Program ini bermula sekitar jam 5.00 petang didahului dengan sesi lawatan di sekitar menara tinjau dan peserta diperkenalkan dengan peralatan yang digunakan untuk cerapan hilal. Program berakhir sekitar jam 8.40 malam dengan ucapan penutup serta penyampaian cenderahati.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#HalalMalaysiaHaveFaith

#HalalConnectingTheWorld

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon