bg_img

Announcement

Penyeragaman dan Penambahbaikan Pemfailan Dokumen Permohonan Halal yang Dihantar oleh Industri (khusus bagi permohonan yang disemak JAKIM)

Bagi menyelaras dan menyeragamkan fail untuk semua dokumen permohonan halal, pemohon hendaklah:-

1️⃣ Menghantar dokumen sokongan yang lengkap bersama ring file (fail ring putih) seperti di gambar rajah 1.

2️⃣ Saiz fail adalah mengikut kesesuaian jumlah dokumen.

3️⃣ Meletakkan nama syarikat dan no. fail permohonan pada muka hadapan dan tepi fail sebagaimana gambar rajah 2.

4️⃣ Menggunakan font arial dan saiz tulisan 48 bagi muka hadapan dan saiz tulisan 26 bagi tepi fail.

5️⃣ Menyediakan senarai kandungan dan susunan dokumen berdasarkan turutan berikut:-

a. Borang permohonan MYeHALAL

b. Sijil pendaftaran syarikat (SSM) 

c. Lesen perniagaan PBT/surat sokongan agensi kerajaan

d. Kad pengenalan & surat pengesahan majikan bagi pekerja muslim mengikut skim dan jenis industri

e. Sijil bahan mentah/ramuan (hendaklah disusun mengikut senarai  bahan mentah dalam sistem serta di highlight) 

f. Carta aliran pemprosesan produk

g. Penyata kewangan terkini syarikat

h. Label pembungkusan produk

i. Surat perjanjian OEM (jika berkaitan) 

j. Perakuan pendaftaran premis makanan KKM (Hanya untuk skim premis makanan dan produk makanan) 

6️⃣ Setiap susunan dokumen yang dilampirkan hendaklah ditanda tagging nombor seperti di gambar rajah 3.

7️⃣ Permohonan re-apply memadai membuat tebuk 2 lubang dan tanpa menggunakan fail. 

8️⃣ Penyelarasan ini hendaklah bermula pada 01 Februari 2021

✳️ Hebahan ini adalah khusus untuk pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang menghantar dokumen hardcopy ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM

✳️ Bagi pemohon SPHM yang menghantar permohonan ke Jabatan Agama Islam Negeri, boleh rujuk Bahagian Pengurusan Halal Negeri masing-masing.

▶️Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada:- 

Puan Asiah binti Alkharib Shah
📧asiah@islam.gov.my
☎️03-88925110

Encik Ahmad Harithah bin Muhamad
📧:- harithah@islam.gov.my
☎️:- 03-88925000/5001

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
15 Jamadilakhir 1442H
28 Januari 2021M
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon