bg_img

Announcement

Keperluan Untuk Mengemukakan Maklumat Tambahan Bagi Skim Premis Berangkai (PM) Yang Diuruskan Oleh Pihak JAKIM Bagi Setiap Permohonan Tambah Outlet Baharu

Mengambil kira situasi dan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan proses permohonan pensijilan halal Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan efisien, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM telah menetapkan bahawa bagi skim Premis Berangkai (PM) untuk permohonan tambah outlet baharu yang tiada sejarah permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hendaklah mengemukakan dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1️⃣Pelan susun atur (layout) bagi premis outlet baharu

2️⃣Pelan lakar kedudukan premis-premis yang berdekatan dengan premis yang dimohon pensijilan halal. Contoh pelan lakar boleh rujuk di:-

tinyurl.com/pelanpremis

Kegagalan pemohon mematuhi keperluan ini boleh menyebabkan permohonan ditolak. Pemohon boleh membuat permohonan semula dan perlulah mematuhi segala keperluan yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, boleh diajukan ke e-mel : seksyenproses@gmail.com

✳️ Nota tambahan:

▶️Bagi permohonan SPHM yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), sila hubungi Bahagian Pengurusan Halal Negeri-Negeri berkenaan di http://tinyurl.com/taliantelefonhalal

▶️ Sebarang pertanyaan lanjut boleh jua dibuat melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau di peti masuk (inbox) Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
16 Zulhijjah 1442H
26 Julai 2021M

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#StayAtHome
#AllahJagaKita
#AgainstCovid19
#MusaadahCovid19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersama

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon