Announcement
Larangan Promosi Ungkapan Mengeliru & Memperdaya Bagi Syarikat / Individu / Dapur Hotel / Premis Makanan
Bagi syarikat / individu yang TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), anda tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan berkenaan dalam iklan/hebahan yang boleh mengelirukan pengguna termasuk:-
🔸 Makanan orang Islam
🔸 Buffet Ramadan
🔸 Iftar Ramadan
🔸 Jom sahur
🔸 Jom iftar
🔸 Set Ramadan
🔸 Muslim Friendly
🔸 Selera Rasa Ramadan
🔸 Selamat Berbuka Puasa
🔸 Ramuan diperbuat daripada kilang yang dipersijilkan halal
â–¶ï¸Atau mana-mana ungkapan lain yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam.
👮ðŸ»â™‚ï¸Sekiranya sabit kesalahan, maksimum denda hingga RM500, 000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Sahaja) berdasarkan Perintah Perihal Dagangan ( Perakuan & Penandaan Halal) 2011
Sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan sijil dan logo halal boleh dibuat melalui pautan:-
https://tinyurl.com/mr32rrpc
atau melalui:-
📧E-mel pr_halal@islam.gov.my
☎ï¸Talian telefon 03-88925000/5001
📲Talian WhatsApp BPHJAKIM http://www.wasap.my/+601115660387/BPHJAKIM
Terima kasih
"Yakini Halal Malaysia"
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
02 Ramadan 1443H
04 April 2022M
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#Sejiwa
#AgainstCovid19
Address / Location
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my