bg_img

Announcement

Hebahan Tempoh Masa Mengemukakan Maklum Balas Terhadap Laporan Ketidakakuran Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Sebagai langkah proaktif dan seiring dengan pelaksanaan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia (ISPHM) 2.0, JAKIM telah mengemaskini tempoh menjawab Laporan Ketidakakuran (NCR) bagi permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagaimana berikut:

1️⃣Tempoh melaksanakan tindakan pembetulan dan mengemukakan maklum balas kepada pegawai pemeriksa ialah 5 hari bekerja dari tarikh audit/NCR diserahkan kepada pemohon;

2️⃣ Tiada pelanjutan tempoh untuk menjawab NCR di peringkat pegawai pemeriksa; 

3️⃣ Sekiranya tiada maklum balas diterima pada hari ke-6 atau maklum balas yang dikemukakan tidak lengkap, permohonan berkenaan akan dibentangkan terus kepada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal untuk pertimbangan dan keputusan.

📌📌Pelaksanaan tindakan ini akan berkuatkuasa pada 1 November 2023.

▶️Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan SPHM, sila email ke:

📧 pr_halal@islam.gov.my

atau whatsapp kami di:

📲 03-88925000

Sekian, terima kasih.

”Malaysia Madani”
”Berkhidmat untuk Negara”
”Yakini Halal Malaysia”


Seksyen Komunikasi Korporat
Bahagian Pengurusan Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6&7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya,
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, 
Presint, 62100 W.P. Putrajaya.

#YakiniHalalMalaysia
#JAKIMSejiwa
#MalaysiaMADANI

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon