bg_img

Berita

Halal Advice Service Counter at the "Halal Food: World Taste" Program at AEON Mall Shah Alam

Shah Alam, 5 Oktober 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah diundang menyertai program "Makanan Halal: Selera Sedunia" anjuran syarikat AEON Co. (M) Berhad

Program yang berlangsung selama dua (2) hari, bermula hari ini di AEON Mall Shah Alam telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Setia Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Selain mempromosi halal kepada pelbagai peringkat, program yang dianjurkan ini juga menekankan peri pentingnya pensijilan halal dalam memastikan produk yang dihasilkan memenuhi piawaian syariah.

Makanan dan produk halal dari pelbagai negara, bermula dari Timur Tengah hingga ke Asia, memainkan peranan penting bukan sahaja dalam mematuhi tuntutan agama, tetapi juga meningkatkan keyakinan pengguna global terhadap kualiti dan keselamatan produk tersebut. Produk-produk ini menyatukan pelbagai budaya dan rasa, sambil memupuk kefahaman yang lebih mendalam tentang standard halal antarabangsa.

Sepanjang 2 hari program berlangsung, Bahagian Pengurusan Halal turut diberikan beberapa ruang untuk menyampaikan ceramah kesedaran umum pensijilan halal juga berpeluang membuka kaunter khidmat nasihat kepada pihak industri tempatan dan antarabangsa yang hadir demi mendapatkan maklumat berkaitan keperluan dan prosedur pensijilan halal Malaysia.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya halal dalam kehidupan seharian serta menggalakkan lebih banyak syarikat dari seluruh dunia untuk mendapatkan pensijilan halal, yang dapat memperluas peluang perniagaan mereka.

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon