bg_img

Berita

Mesyuarat Pasukan Strategik Halal Malaysia Pertama Berjaya Dianjurkan

PUTRAJAYA - Mensasarkan objektif utama untuk memastikan penyelarasan komunikasi dan perhubungan awam berkaitan pensijilan halal Malaysia dapat dicapai, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menganjurkan Mesyuarat dan Sesi Libat Urus bersama Pasukan Strategik Halal Malaysia pada 15 Oktober 2024.

Pasukan ini dibentuk dengan keahlian daripada negeri-negeri sebagai salah satu wadah dan penghubung antara JAKIM dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri ke arah mencapai penyelarasan bersama dalam konteks memperkasa tadbir urus dan pengurusan hal ehwal korporat bagi mempertingkat imej dan kreadibiliti jenama halal Malaysia.

Mesyuarat julung kali ini telah dipengerusikan sendiri oleh YBrs. Tuan Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Ketika menyampaikan perutusan pembukaan, beliau amat mengharapkan agar kesemua ahli pasukan strategik halal yang dilantik dapat memacu tenaga dan kesatuan hati untuk memastikan informasi dan maklumat halal Malaysia dapat disampaikan kepada khalayak dan “stake holder” secara strategik.

Mesyuarat ini juga diatur bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada masyarakat. Amalan terbaik yang dikongsi oleh ahli pasukan strategik daripada Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri diharapkan dapat menjadi panduan dalam memperkasa pendekatan komunikasi di setiap negeri, selaras dengan objektif memperkukuhkan peranan institusi agama dalam menyebarkan maklumat yang tepat dan relevan.

Selain itu, sesi sebegini juga memberi peluang kepada ahli untuk bertukar pandangan dan mencari penyelesaian terhadap cabaran komunikasi yang dihadapi di peringkat negeri dan kebangsaan.

Address / Location

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my


Follow Us on Social Media

facebook_icon x_icon