News
Halal on Track @ Pahang Berlangsung Meriah
PAHANG, 19 Oktober 2024 - Penganjuran Halal on Track diteruskan lagi ke negeri Pahang Darul Makmur. Program kali ini diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Seawal 7.00 pagi, Dewan Jubli Perak telah mula menerima kehadiran pihak industri bagi mendaftarkan diri seterusnya merasai pengalaman penuh manfaat dengan pengisian empat (4) sesi ceramah daripada pelbagai agensi strategik halal juga dilengkapkan dengan sesi forum halal menerusi topik “Usahawan Halal PMKS : Dari Impian ke Realiti”.
Antara agenda menarik yang ditampilkan dalam penganjuran Halal on Track kali ini adalah pembukaan tiga (3) kaunter bimbingan halal iaitu kaunter pendaftaran dan semakan dokumen, kaunter permohonan atas talian dan Halal Assurance System (HAS)/Internal Halal Control System (IHCS) dan kaunter keperluan audit juga pemantauan. Kesemua pemain industri yang hadir berpeluang untuk meneroka peluang dan ruang serta kelebihan memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) menerusi sesi jelajah halal Malaysia kesemua kaunter yang disediakan. Ia digarap bagi memberi manfaat kepada pihak industri untuk mendapatkan pelbagai maklumat secara terus daripada pegawai audit halal Malaysia yang berpengalaman.
Menerusi Halal on Track @ Pahang sebanyak 50 reruai telah dibuka melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi yang mempunyai peranan masing-masing dalam pembangunan industri halal di Malaysia juga turut disertai oleh pemegang SPHM di negeri Pahang.
Semoga penganjuran program ini memberikan faedah besar kepada industri yang hadir untuk melengkapkan informasi berkaitan permohonan SPHM dan pematuhan pensijilan halal di samping saling membina jaringan antara industri dengan agensi-agensi dan pihak berkepentingan halal Malaysia.
Address / Location
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000 | Fax : 03-8892 5005 | Emel : pr_halal@islam.gov.my